Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah, tanggal 1 Oktober 2020, maka, genaplah usiaku yang kini memasuki era 30-an. Syukur alhamdulillah, kerana sehingga hari ini, Allah masih memberi peluang untukku memperbaiki diri ini, memperbetulkan kesilapan-kesilapan selama 30 tahun sebelum ini, sebagai persiapan untuk kembali kepadanya. Sebenarnya, bila usia semakin meningkat, kita semakin kembali menyedari siapa diri kita, apa tujuan kita di dunia ini, dan ke mana kita akan kembali. Oleh itu, perlu banyak membuat koreksi diri, dan merancang masa hadapan yang lebih jauh. Masa yang berlalu amat pantas sekali, oleh yang demikian, manfaatkan sebaiknya dan jangan sia-siakan. Perbanyakkan amal-amal yang membuahkan pahala yang lebih besar dan berganda-ganda.
Untuk saya sendiri, dalam 30 tahun ini, pelbagai perkara suka duka, susah senang, jatuh bangun telah saya lalui, ada yang saya kesali, dan ada yang saya syukuri. Walau apapun, jauh di sudut hati, saya sangat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan sepanjang usia ini. Dalam ujian pun tersimpan pelbagai rahmat jika dinilai sedalam-dalamnya. Ada banyak perkara yang telah berjaya saya selesaikan, namun, masih banyak perkara yang menanti di depan sana. Saya suka apabila hidup saya ada perancangan, ada perkara yang saya ingin lakukan, dan matlamat itu jelas. Oleh itu, saya sentiasa tanamkan dalam hati, tiada rehat, tiada malas. Semoga Allah sentiasa bersamaku menuntunku ke jalan yang diredhaiNya. Semoga masa yang ada benar-benar dimanfaatkan untuk mencari keberkatan hidup. Amin.
Terima kasih suami dan sahabat-sahabatku untuk hari ini...
ZPT yang sentiasa ceria, penguat semangat menempuhi cabaran alam pekerjaan, menyerikan warna warni perjalanan ini.... |
Keluarga kecil kami..Tulang belakangku... Semoga kami terus bersama hingga ke syurga.. |
Kek Marble by K. Ej |
Terima kasih En. Shuben |