Khamis, 10 November 2011

-TIME IS A LIFE-


To understand the value of a year,
Ask a student who has just failed an exam at the end of the year,
To understand the value of a month,
Ask mother who has given birth prematurely,
To understand the value of a week,
Ask the editor of weekly,
To understand the value of a hour,
Ask a newly wed working outstation,
Who are impatiently to see each other,
To understand the value of a minute,
Ask someone who has just missed their train, bus or plane,
To understand the value of a second,
Ask someone who has survived an accident,
To understand the value of a millisecond,
Ask someone who has just won a silver medal at the Olympic Games.

*The time is wait for no one. Profit from each moment given to you cause it is very precious!!!*

10 September 2011
9.40 p.m
Langkawi, Kedah

Isnin, 31 Oktober 2011

ABAH KENA KUAT!!!!!

“Abah kena kuat. Abah kena kuat!!!”. Begitulah kata-kata semangat yang meniti di bibir kak Arrauzah yang sedang bertarung dengan kesakitan setelah terlibat di dalam kemalangan jalan raya minggu lalu. Akibat kemalangan itu, ibu beliau telah dipanggil pulang mengahap Illahi. Subhanallah, kata-kata nasihatnya kepada ayahnya, telah memecahkan keheningan pada petang itu. Tiba-tiba suasana menjadi begitu sayu, melihat seorang anak yang sedang berada di dalam kesakitan yang amat akibat patah kedua-dua kakinya, namun, berbekalkan keimanan dan kesolehan serta keyakinannya kepada qada’ dan qadar Tuhannya, beliau tetap menjalankan peranannya sebagai seorang anak memegang tangan ayahnya dengan begitu erat dan penuh dengan kasih sayang memberi kekuatan kepada ayahnya untuk tabah menghadapi ujian pemergian ibunya. Segala kepedihan dan keperitannya nya ibarat telah hilang dalam bicaranya itu. Subhanallah. Tanpa disedari, air mataku juga membasahi pipi tidak dapat menahan sebak menyaksikan saat menyayat hati itu. Suasana itu juga memecahkan kerinduanku yang amat dalam terhadap ibu bapa dan keluarga yang sudah lama tidak ditatap wajah kasih sayang mereka.


Baru-baru ini, seorang sahabat saya, Kak Amilia telah diduga dengan sedikit ujian, iaitu telah menghadapi kematian ibunya di dalam sebuah kemalangan yang juga melibatkan adik dan juga anak saudaranya. Sesungguhnya , setiap sesuatu yang berlaku itu, merupakan suatu rahsia Allah swt. Alhamdulillah, sebelum pemergian ibunya, saya sempat bertemu makcik sebanyak 2 kali. Entah mengapa, saya merasa ada suatu tolakan dalaman untuk menziarahi kak Amilia sewaktu raya yang lalu, dan sempat bersembang bersama ibunya yang begitu lembut, ceria dan tidak pernah lekang dari bibirnya senyuman kasih sayang. Pertama kali saya bertemu dengannya, saya begitu teruja sebenarnya melihat akhlak dan keperibadian mulia seorang ibu dan ayah, yang darinya lahir anak-anak yang juga memiliki syaksiah mulia. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menemui makcik, setelah lama berhajat untuk ketemu. Namun, siapa sangka, itulah petemuan terakhir saya dengannya. Sememangnya hati saya merasa bahagia bertemu dengan allahyarham. Makcik dan pakcik sentiasa melayan tetamu dengan penuh keceriaan. Sangat peramah. Jika makcik berhenti bercerita, pakcik akan menyambungnya. Subhanallah, saya bermonolog sendirian, “patutlah Allah melahirkan dari mereka ini anak-anak yang mulia peribadinya”. Pemergian makcik sudah tentu dirasai sungguh oleh pakcik. Saya difahamkan bahawa, pakcik jarang sekali makan tanpa makcik. Biasanya mereka akan bersama.

Saya amat bersyukur dipertemukan dengan keluarga kak Amilia, sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang dalam kesederhanaan. Mereka saling menguatkan antara satu sama lain. Kasih sayang dalam keluarga mereka juga dapat dirasai oleh sesiapa sahaja yang bergelar tetamu. Mereka saling menghormati antara satu sama lain, sentiasa menjaga tutur katanya, sentiasa menjaga perilakunya. Subhanallah, inilah baitul sakinah. Yang di dalamnya sentiasa mendahului Allah dan Rasulnya.


Masih segar di ingatan ini janji kepada makcik, akan datang lagi memakan nasi bersama. Janji untuk bermalam dan menghayati suasana pagi yang tenang di laman padi yang menghijau ceria di belakang rumah makcik. Ajakan makcik masih segar dalam memoriku, dan tidak akan kulupakan. Tidak sangka itulah ajakan terakhirnya. Kini saya datang menunaikan janji bersama sahabat-sahabat, bermalam di mahligai makcik dan pakcik yang begitu tenang, rasa seperti ketenangan itu luar biasa apabila berada di rumah insan soleh. Kami menjamu selera bersama kak Amilia dan keluarganya, serta menghayati suasana pagi di sawah padi. Allahuakbar..Tiupan angin pagi itu,begitu menusuk di qolbu kecilku. Hati ini begitu rindu padanya yang telah pergi. Hatiku bermonolog lagi..”Makcik, syafiyah datang tunaikan janji, walaupun makcik tiada di mata, namun, hati syafiyah sentiasa merasai kehadiran makcik” ..Diam-diam hati kecil ini memanjatkan doa, agar rohnya dicucuri rahmat, dan tenang di sana. Semoga kita bertemu lagi di destinasi abadi, Syurga Illahi yang menjadi impian setiap insan bernama mukmin. Di situlah pertemuan yang abadi.

Hatiku bertambah sebak mendengar kata-kata pakcik Razak senyum bersahaja namun penuh makna:

“ Datanglah lagi lain kali, bagi seronok pakcik” …


Allah..Rasa seperti ingin tinggal di sana,mengembirakan hati pakcik. Namun, insha’Allah, Allah PASTI akan mengembirakan hati pakcik, dengan kasih sayangNya. Sesungguhnya kasih sayang Allah itu begitu Luas. Dialah Pemilik Rasa Kasih dan Sayang. Kadangkala, apabila kita melihat musibah berlaku pada insan di sekeliling kita, sudah pasti hati ini merasa begitu kasihan. Namun, sahabat-sahabatku, sesungguhnya Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia tetapi setiap takdirnya punya hikmah yang besar yang jahil dalam pengetahuan kita. Kita merasa kasihan, sudah tentu Allah lebih mengasihani, kerana Dialah Pemilik Rasa Kasihan. Ketika ini, teringat saya sebuah hadis Qudsi:


"Sesungguhnya ,diantara hamba-hambaKu,ada yang imannya tidak menjadi baik kecuali dengan kefakiran.Jika aku lapangkan rezekinya,maka imannya akan rosak.Diantara hamba-hambaKu ada yang imannya tidak menjadi baik melainkan dengan kondisi kaya.Jika aku membuatnya fakir,pasti imannya rosak. Diantara hamba-hambaku,ada yang imannya tidak menjadi baik,melainkan dengan kondisi sakit,seandainya aku sihatkannya,imannya pasti rosak.Aku mengatur hamba-hambaKu dengan pengetahuanKu terhadap apa yang ada dalam HATI mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Lembut."


Sebelum menziarahi keluarga Kak Amilia, saya sempat menatap beberapa lembaran ayat Al-Quran, lalu terpaku hati saya pada sebuah firman Allah swt yang bermaksud:


“ Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan melainkan sepengetahuanNya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan(sudah ditetapkan) dalam kitab Loh Mahfuz. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah swt” (Surah Fatir: 11)


Setiap yang berlaku adalah di dalam pengetahuan Allah swt. Sesungguhnya apabila telah tiba masanya untuk kita kembali kepadaNya, maka tidak akan dilewatkan atau diawalkan walau sesaat. Maka, setiap kematian yang berlaku sebenarnya memberi peringatan kepada kita yang masih hidup, agar kembali bertaubat dan bermunajat kepada Allah serta memperbaiki diri kearah memperoleh kemuliaan di sisi Allah.


Ketika tiba di hospital Kangar pada malam itu, hati saya berdegup kencang. Entah mengapa, mungkin kerana sudah lama tidak ke Hospital. Kemudian, saya terpandang unit foreksik di belakang saya. Saya dapati, ada keluarga sedang menunggu ahli keluarganya yang telah meninggal dunia untuk dibedah siasat. Saya sempat melihat keranda yang berisi mayat itu ditolak ke dalam van jenazah. Walaupun hati terasa sedikit ketakutan, namun saya gagahi juga melihat dari kejauhan. Lalu, hati saya berkata,


“ suatu hari, saya juga akan ditolak seperti itu, apakah saya sudah bersedia mengadapi saat itu???”


Allahuakbar…Sesungguhnya kematian itu benar-benar merupakan satu peringatan.


“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai- mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal salih”

(Surah Al-Ankabut :57 & 58)

Pagi itu saya menerima satu lagi berita kematian, iaitu kematian ayah kepada ayah angkat saya, pakcik Khosran merangkap bapa mertua kepada ibu angkat saya Makcik Hazizah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta limpahan kasih sayang Allah swt.

Saya pernah bertemu pakcik, sememangnya seorang yang soleh, dan sentiasa menjaga tutur katanya, walaupun umurnya sudah lanjut. Seorang yang suka bertanya. Allahuakbar, Sesungguhnya Allah swt lebih menyayanginya.

Semoga keluarga allahyarham ibu kak amilia dan keluarga allahyarham ayah pakcik Khosran bersabar menghadapi dugaan ini. Semoga ujian ini akan lebih mematangkan jiwa kita, memperkuatkan iman kita setelah berlalunya musim ujian itu. Sesungguhnya Allah swt telah menentukan kadar masa bagi berlakunya setiap sesuatu.

Buat insan lain, semoga setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita menambahkan keimanan, keyakinan serta pergantungan kita kepada Allah swt. Mari kita mendoakan mereka yang berada di dalam musibah, terutamanya kak Arrauzah. Semoga Allah swt menyembuhkan mereka dan memelihara mereka sentiasa, sesungguhnya Dialah Pemilik Segala Penawar. Satu lagi, hargailah mereka yang masih hidup terutamanya ibu bapa kita. Selagi mereka maih hidup marilah sama-sama kita menyayangi dan memenuhi hak mereka kerana kita tidak tahu bilakah salam perpisahan itu akan menyapa. Hargailah sesiapa sahaja di sekeliling kita, jangan kita mulakan hari dengan dendam mendendami, dan pergaduhan sesama sendiri. Inilah sunnah Rasulullah saw, berkasih sayanglah sesama manusia, dan tolong menolong dalam tujuan kebaikan.

"Sesal dahulu pandapatan, sesal kemudian tiada berguna"

Peringatan buat diri sendiri.

Akhir sekali, doa saya:

“ Semoga kita akan terus kuat dan terus menerus berada di atas landasan fisabilillah, sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Inilah harapan terbesar dalam kehidupan seorang mukmin. Amin.”




10.26 p.m
31 Oktober 2011
Desasiswa Saujana
Universiti Sains Malaysia



Isnin, 17 Oktober 2011

17 Oktober Hari Bermakna Buatku...



Assalamua'laikum wbt,

Sidang pembaca yang dirahmati Allah swt sekalian,

Semoga sentiasa berada di dalam Sakinah Imaniyah.

17 Oktober merupakan detik yang sangat bermakna dalam kehidupan saya. Pada tarikh ini bermulalah episod baru dalam kehidupan saya yang akan saya ingati sepanjang kehidupan saya. Pada hari ini, ada hati-hati yang bahagia, dan ada pula hati-hati yang berduka. Pelbagai perkara telah berlaku setelah berlalunya tarikh ini, lalu saya dapati, saya berada di tengah-tengah antara kegembiraan dan kedukaan. Semoga kedukaan itu akan hilang apabila hari berganti hari. Semoga kegembiraan itu akan kekal sehingga menuju ke gerbang syurgawi.

Sesungguhnya kehidupan ini merupakan sebuah ujian. Allah menciptakan pada setiap manusia itu pelbagai jenis ujian yang berbeza-beza. Hal ini disebabkan Allah swt Maha Mengetahui di mana kelemahan hamba-hambaNya, lalu Dia menciptakan ujian yang terbaik buat setiap hamba-hambaNya supaya mereka sentiasa kembali mengingatiNya seandainya mereka telah jauh dalam kelalaian dan kealpaan. Teringat saya akan sebuah hadis qudsi:

"Sesungguhnya ,diantara hamba-hambaKu,ada yang imannya tidak menjadi baik kecuali dengan kefakiran.Jika aku lapangkan rezekinya,maka imannya akan rosak.Diantara hamba-hambaKu ada yang imannya tidak menjadi baik melainkan dengan kondisi kaya.Jika aku membuatnya fakir,pasti imannya rosak. Diantara hamba-hambaku,ada yang imannya tidak menjadi baik,melainkan dengan kondisi sakit,seandainya aku sihatkannya,imannya pasti rosak.Aku mengatur hamba-hambaKu dengan pengetahuanKu terhadap apa yang ada dalam HATI mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Lembut."

Hadith Qudsi


Inilah yang dikatakan warna-warna kehidupan. Apabila Allah menciptakan ujian yang berbeza-beza, barulah ada jalan penyelesaian yang juga berbeza-beza. Seandainya dunia ini hanya terbentuk di antara 2 warna, putih dan hitam, maka, ia akan menjadi pudar dan suram. Begitu jugalah hari-hari dalam kehidupan kita. Pasti ada ketikanya kita gembira, ada kalanya kita rasa marah, dan ada juga masanya kita berduka. Inilah sifat manusia yang punya naluri tetapi alangkah indahnya seandainya kesemua sifat itu kita dorongkan di tempat yang betul. Barulah ia tidak menjadi sia-sia umpama debu-debu yang beterbangan.


Saya sentiasa berdoa agar Allah swt mentakdirkan sesuatu yang terbaik setelah berlalunya hari ini. Terbaik untuk kemaslahatan semua. Kadangkala di hati ini ada suatu perasaan bimbang, perasaan yang tidak mampu diceritakan, namun, hanya kepada Allah diri ini bertawakkal.


" Cukuplah Allah bagiku, ke atasNya daku bertawakkal, sesungguhnya Dialah Rabb Pemilik Arsy Yang Agung"


Hari ini merupakan hari Lahir seorang sahabat saya, kak Raja Umir Yasha yang dikasihi Lillahitaala, 17 oktober 2011, genap usianya, 22 Tahun. Saya turut rasa bahagia meraikan hari kematangan usianya. Semoga beliau sentiasa rasa bahagia dan mencapai kebahagiaan yang beliau inginkan di dunia dan di akhirat. Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan beliau. Indahnya sebuah persahabatan kerana Allah, kerana kita akan sentiasa memiliki rasa kasih dan sayang kepada saudara kita, walaupun mereka tidak ada pertalian darah dengan kita. Persahabatan kerana Allah menuntut pelbagai pengorbanan dan setiasa rasa bahagia apabila ia dapat berkorban dan memberi sesuatu yang menjadi keperluan sahabatnya itu.

Semoga ikatan ukhuwah Islamiyah di antara kami kekal hingga ke syurga Illahi kerana itulah tujuan sebuah persahabatan. Ingin bertemu di syurga Firdausi. Amin.

Hari ini sungguh bermakna bagi saya...sungguh bermakna...^_^


Wassalam..

7.00 p.m
17 Okbober 2011
Perpustakaan Usm.



Selasa, 4 Oktober 2011

Tanggal 1 Oktober 2011 Yang Bermakna....


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi,




Segala puji bagi Allah swt, Rabb Yang Maha Pencinta Lagi Maha Pencipta. Sesungguhnya hanya dengan limpahan dan keizinan dariNya, Dia dengan segala kemurahan kasih sayangNya membenarkan daku mencelikkan mata lagi di pagi yang penuh barakah ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Pada tanggal 1 Oktober 2011 yang lalu, genap usiaku memasuki 21 Tahun. Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kepadaNya, kerana sehingga ke saat ini, Dia masih memberi daku peluang untuk terus memanjang, mempertingkatkan amal ibadahku, agar kehidupanku dan umurku ini tidak menjadi sesuatu yang sia-sia di dunia dan di akhirat. Namun, jauh di sudut hatiku, terdapat satu getaran, di situ ada keresahan dan kebimbangan. Teringat daku akan sebuah ucapan peringatan dari temanku mengenai sebuah kata-kata ulama', Ibnu Mas'ud ra:

" Perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah
tetapi amalanku tidak bertambah"

Mungkin inilah salah satu keresahan yang sedang bermain di benak fikiranku. Apakah kematangan amalku sedang bertambah seiring dengan kematangan usiaku. Lalu, daku bersimpuh di atas sejadah cintaku semoga pada usia ini, hari-hari yang ku tempuhi pada usiaku ini, membawa manfaat buat kebaha
giaan akhiratku.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok (akhirat). Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Surah Al-Harsy :18


Seiring dengan pertambahan usia ini juga, apa yang kulihat setelah ku kaji satu persatu hanyalah amanah yang besar sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini. Usiaku ini merupakan satu amanah besar Rabbku yang harus daku pergunakan untuk kemaslahatan DeenNya. Walaupun, jauh di sudut hati, daku punyai keinginan-keinginan manusiawi, harus ku sabar mendidik nafsuku, agar hubunganku dengan Pencipta tidak layu dan terus mekar dan segar menghiasi kehidupanku.




Buat teman-temanku yang memberi ucapan dan doa tanda peringatan, hadiah-hadiah yang begitu bermakna, jazakumullahukhairan kathira daku ucapkan. Sungguh terharu hati ini apabila saban hari dipenuhi sms dan ucapan-ucapan di ruangan FB, subhanallah, rabithah Allah telah mengikat hati-hati kami dengan ikatan Rabbani. Betapa daku bersyukur dikurniakan teman-teman seindah pelangi. Setiap ucapan begitu bermakna buatku, kerana ia merupakan satu doa yang ikhlas dari seorang sahabat kepada sahabatnya. Moga para malaikah mengerbangkan sayapnya, mendoakan para khalifah ini. Lalu, ku doakan semoga mereka juga berbahagia dan sentiasa bersabar dan teguh meniti hari-hari dalam hidup mereka. Semoga ikatan ukhuwwah mahabbah antara kami akan menjadi saksi yang melayakkan kami melangkah ke syurga Illahi.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda; "ALLAH berfirman: Pasti mendapat cinta-KU orang-orang yang saling cinta kerana-KU, orang-orang yang duduk bersama kerana-KU, orang-orang yang saling mengunjungi kerana-KU dan orang-orang yang saling memberi kerana-KU."

[Hadith Riwayat: Malik, Imam Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim]


Hari ini juga merupakan satu kejutan buatku apabila melihat penurunan beratku secara mendadak (40 --> 3+ ) kg. Harap-harap ianya cuma kesan sampingan disebabkan masih belum dapat sesuaikan diri dengan makanan di sini.


Hari-hari dalam hidupku terasa semakin sibuk dengan tuntutan-tuntutan amanah sebagai seorang khalifah. Semoga kesibukanku ini tidak menjauhkan diriku daripada amanah perhambaanku kepada Illahi. Amin.


1 Oktober yang bermakna, mendapat jemputan kenduri kahwin kakak dari teman sebilikku, jazakillahukhairan kathira Ati (Nur Hayati) atas layanan yang terbaik. Alhamdulillah, sangat bersyukur dipertemukan denganmu. Hadiah bermakna buatku...(ambil berkat..hehe)


Terima kasih untuk segala-galanya.May Allah blessing be with all of u.......^_^



Sabtu, 27 Ogos 2011

Cinta : Antara Kebahagiaan Atau Kesengsaraan Abadi

Penyampai: Tn Hj Rosdi Baharom

Di dalam kehidupan seseorang mukmin, ia sentiasa berada di dalam pertempuran antara 2 perkara iaitu Iman dan Nafsu. Akhlak dan keperibadian seseorang manusia terbentuk mengikut bahagian (portion) yang diberikannya kepada Iman dan Nafsu. Iman merupakan pemancar dalam kehidupan seorang mukmin, namun begitu nafsu bukanlah untuk dibuang terus tetapi haruslah dididik agar sentiasa tunduk kepada Iman.

Sesungguhnya hati yang telah mengalami kematiannya akan mengakibatkan seseorang manusia itu tidak akan dapat merasakan apa-apa ketika melakukan kemaksiatan kepada Allah Azza Wajalla. Oleh sebab itu, dia tidak merasa apa-apa ketika menderhakai Allah seperti berpacaran, malah dia merasa bangga dengan kederhakaannya.


Kebahagiaan

Allah swt telah menciptakan manusia untuk berbahagia dan manusia itu sepatutnya bahagia apabila dia memenuhi tuntutan-tuntutan dalam mencapai kebahagiaan. Kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah:

“ Sesungguhnya di dalam hati terdapat kotoran yang tidak akan hilang melainkan dengan menerima perintah Allah swt, di dalam hati terdapat kebuasan yang tidak akan lenyap melainkan dengan berjinak dengan Allah swt, di dalam hati terdapat kedukaan yang tidak akan pergi melainkan dengan gembira dan benar dalam melaksanakan perintah Allah swt, di dalam hati terdapat keresahan yang tidak akan tenang melainkan dengan berkumpul hanya keranaNya ”

Sesungguhnya manusia diciptakan untuk berbahagia bukannya menderita. Semua inginkan kebahagiaan, tetapi adakah kita ingin berbahagia seperti bahagianya lembu yang hidupnya hanya makan, minum dan berpacaran sahaja.

Terdapat 3 jenis kebahagiaan yang haram:

1) As happy as a cow (binatang ternak)

2) As happy as a hygiene (pemangsa)

3) As happy as a syaitan (syaitan)

Kebahagiaan yang dinikmati oleh hati, tapaknya ialah MAHABBATULLAH. Hati hanya akan memperoleh kebahagiaan dengan mencintai Allah swt dan menyerahkan segala urusan kehidupan kepada Allah swt. Apabila kita mencintai Allah swt secara total, Allah swt akan membuka jalan untuk mendapat apa yang dicintai.

Apabila kita mengabaikan proses membina keimanan, ditakuti apabila di akhir-akhir kehidupan kita, Allah swt mencabut nikmat iman itu dan kita pulang ke hadrat Allah swt dalam keadaan tidak memiliki iman. Nauzubillah.

Melalui rasa Cinta, manusia akan sedaya upaya berusaha menyempurnakan diri. Cinta adalah amalan hati. Terdapat beberapa jenis Cinta yang sering kali menghinggapi jiwa manusia iaitu:


1) Cinta Ibadah

Bermaksud timbul perasaan hina pada diri dan kita mencintai apa sahaja yang berkaitan dengan Iman. Sentiasa menghadiri majlis zikrullah. Firman Allah dalam Surah Al-Hujerat yang bermaksud:

“Tetapi Allah swt menjadikan kamu Cinta kepada keimanan”

Allah swt akan mengurniakan kita seseorang yang akan kita cintai keranaNya mengikut jalan-jalan yang Dia redhai.

2) Cinta Syirik

Bermaksud cinta yang boleh membawa kepada syirik. Dia menjadikan manusia itu sebagai Tuhan.

3) Cinta Maksiat

Bermaksud Cinta yang boleh membawa kepada sesuatu yang Allah haramkan. Minta Allah swt mencabut perasaan cinta terhadap pasangan yang haram dicintai.

4) Cinta Manusiawi

Cinta yang biasa berlaku dalam jiwa manusia seperti mencintai ibu bapa, adik, guru dan sebagainya. Namun, apabila manusia lalai dalam mengawal cinta ini dan mempengaruhi cintanya kepada Allah swt, maka akan menjadi cinta yang haram.

Sesungguhnya sifat dosa itu akan membawa manusia ke neraka akhirnya dan amal soleh akan membawa manusia ke syurga Allah swt. Realiti manusia pada hari ini adalah mereka terkeliru dalam mencari kebahagiaan.

Kebahagiaan itu tidak mungkin dapat dicapai melalui jalan nafsu kerana kebahagiaan hanya dapat diperolehi dari jalan Iman. Kebahagiaan ini hanya ada pada 3 perkara iaitu Kenal Allah , Taat Allah, dan Cinta Allah. Iman mesti menguasai hidup kerana ia merupakan pemancar.

Kesengsaraan

Jika cinta itu satu proses, membangunkan iman satu proses, menderita juga merupakan satu proses. Hati tidak akan beku secara tiba-tiba. Manusia yang menderita adalah manusia yang ingin mencapai kebahagiaan dalam perderhakaan kepada Allah swt. Terdapat 2 Dimensi penderitaan yang akan dialami oleh mereka yang menderhakai Allah swt iaitu penderitaan Dunia & penderitaan Akhirat.

Satu-satunya dosa yang mengganggu hati anak muda pada hari ini ialah zina hati dan mendekati zina. Cinta yang mendekati zina dikatakan sebagai perlanggaran hak Allah swt atau zunub. Cinta yang bawa kepada zina merupakan perlanggaran hak Allah dan hak makhluk.

Kesan Maksiat

1) Mengalami kerendahan dan kehinaan

Manusia merasa rendah diri, hina dan rasa malu adalah disebabkan masih mempunyai deria rasa. Kata Imam Hassan Al-Basri:

“Kerendahan dan kehinaan disebabkan kemaksiatan akan menyebabkan manusia tidak merasa apa-apa pada hatinya @ kehilangan deria pada hatinya”

2) Apabila manusia berzina, mereka memiliki nafsu haiwani. Nafsu haiwani itu akan mendorong kepada nafsu syaitani.

3) Hati mengalami keterbalikan

Umpama sebuah cawan yang diterbalikkan. Air tidak akan masuk hatta dari arah bawah sekalipun begitulah analoginya keadaan hati apabila mengalami keterbalikannya. Walaupun berkali-kali diberi nasihat, namun, hati tidak lagi terbuka kepada iman. Hati hanyalah terbuka untuk memenuhi kehendak nafsu.

Begitu juga sepertinya span, hati semakin selesa dengan melakukan maksiat dan semakin rosak seiring dengan bertambahnya dosa.

4) Hati mengecut

Hati terpenjara dan dirantai oleh nafsu.

“Pertempuran yang paling hebat yang berlaku di dalam hati manusia adalah pertempuran antara iman dan nafsu” (Dr Majdi Al-Hilali)

5) Menghilangkan fokus hati

“Barangsiapa yang kosong hatinya daripada selain daripada Allah swt, Allah swt akan mengisi hatinya dengan segala kebaikan, barangsiapa yang mengisi hatinya dengan perkara lain kecuali Allah swt, maka Allah swt akan hancurkan hatinya”

Rawatan Hati Mengikut Kitaran Tazkiyah

1. Mendalami Ilmu

Apabila kita sentiasa mengunjungi majlis-majlis ilmu, kita akan mengetahui hak Allah swt ke atas diri kita dan betapa perlunya kita kepada Allah swt. Sebuah hadis mengatakan :

"Wahai manusia, kamulah yang perlu kepada Allah swt"

2. Muhasabah

-Menilai di mana kedudukan kita di sisi Allah swt.

-Bandingkan kamaksiatan yang kita lakukan dengan kebaikan Allah swt ke atas diri kita. Setiap hari kita melakukan kemaksiatan yang berterusan sedangkan setiap hari Allah swt memberi nikmat yang berterusan kepada kita.

-Bagaimana dengan solat kita? Adakah munajat yang efektif? Mungkin ya, tetapi tidak bertahan lama. Cth: dengar azan, namun hati tidak boleh bertindak balas.

3. Muaqabah yang betul

Menghafal surah-surah pilihan. Kata seorang ulama':

" Saya bersarapan dengan zikrullah"

4. Taubat dengan sebenar-benarnya.

Jenis-jenis dosa:

a. Dosa yang Allah abaikan dan ampunkan

b. Dosa yang Allah memang tidak akan ampunkan kecuali taubat dengan sebenar-benarnya.

c. Dosa dengan makhluk

Cara bertaubat dengan makhluk: 1) meminta maaf

2) memuji di belakangnya

5) Mujahadah

Bermaksud usaha untuk tidak berulang keterlanjuran kita.Kesan daripada rawatan ini, hati akan semakin baik atau semakin hidup. Kemudian, mendalami siapakah Rasulullah dan kisah kehidupan Rasulullah saw.

Sahabat-sahabatku sekalian,

Kita tidak tahu bilakah kita akan mati? Apa yang lebih parah adalah kita tidak tahu, bagaimana keadaan hati kita?

-Berhati-Hatilah Dengan Hati.-

12.42 a.m

29 Ramadhan, 29 Ogos 2011

Langkawi, Kedah

Isnin, 22 Ogos 2011

SOMETIMES...


Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul,
Sometimes Allah breaks our heart to make us whole,
Sometimes Allah sends us a pain so that we can be stronger,
Sometimes Allah closes our door to open hundreds more,
Sometimes Allah sends us failure so that we can be humble,
Sometimes Allah takes everything away from us,
so that we know the value of everything Allah gave us.

3.20 a.m
23 Ramadhan, 23 Ogos 2011,
Langkawi ,Kedah

Isnin, 15 Ogos 2011

Ya IIlahi, Di Manakah Kebenaran Amalku?



Ya Allah, hatiku gersang, kosong tanpa isi yang baik. Tetapi dicemari dosa-dosa dan kemaksiatan kepadaMu. Kau anugerahkan nikmat yang banyak kepadaku, namun aku tidak tahu untuk mensyukurinya. Kau menegurku dengan pelbagai bentuk ujian, namun aku tetap lalai dari mengingatiMu. Ya Allah, Ya Rabbi, apakah bala bencana yang telah menimpaku? Ya Allah, aku butuhkan rahmat, kasih sayang dan perhatianMu. Sungguh, aku yakin, hanya itu yang boleh membawa kebahagiaan hakiki. Tetapi mengapa semua gerak lakuku, sentiasa menjauhi redhaMu? Dunia masih mengaburi pandangan mata hatiku. Aku seolah-olah hilang arah tujuan. Sedang masuliyah sangat banyak menantiku. Tapi, kebanyakan daripadanya gagal aku pikulkan. Ya Ilahi, di manakah kebenaran amalku? Dimanakah kebenaran hakiki? Aku telah thabat pada jalan ini. Ya Allah, tetapkan hatiku di atas jalan yang Engkau redhai. Tiadalah gunanya hidupku kira amalku semuanya hilang bagaikan debu yang berterbangan, sedang dosa-dosaku menjadi lautan tempat berendam ria... Ya Rabbi, Yang Memiliki Arsy Yang Agung, Yang Maha Agung, Yang tiada yang layak disembah melainkan Engkau, simpatilah hambaMu yang kerdil ini, hina dan jahil, yang akan sesat tanpa bimbingan taufiq dan hidayahMu, yang akan binasa di dalam neraka tanpa rahmat dan redhaMu, yang hidupnya sentiasa sengsara tanpa kasih sayang dan perhatianMu.

Ya Allah, sungguh aku terlalu jauh dariMu, hatiku terlalu keras dengan dosa-dosa terhadapMu. Seringkali aku melanggar janji dengan Mu. Begitulah hakikat hambaMu yang terlalu lemah untuk melawan belitan iblis dan nafsu. Ya Ilahi, kira Kau ingin menghukumku, maka Engkau adalah Dzat Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana...


Ya Ilahi... aku tak punya apa-apa melainkan apa yang Engkau anugerahkan, tiada siapa yang memahamiku melainkan Engkau Rabb Yang Maha Memahami, tiada siapa yang mengetahui sakitnya jiwaku melainkan Engkau Rabb Yang Maha Mengetahui, tiada siapa yang mampu membantuku menguraikan kesulitanku melainkan Engkau Rabb Yang Maha Mengurusi makhluk, tiada siapa pula yang mampu menghalang rencanaMu kira kau tetapkan kecelakaan mahupun kesenangan atasku... Ya Rabb, sungguh Kaulah Yang Maha berkuasa dan Maha Berkehendak atas segala sesuatu... Janganlah Kau haramkan rahmat dan hidayahMu atasku dek kerana dosa-dosa dan kemaksiatanku.

Ya Rabbi, Pemilik segala ampunan, Yang Maha Perkasa dan tidak pernah menzalimi makhluk... ampunilah hambaMu... tiadalah maknanya hidup ini tanpa ampunan dan rahmatMu. Sungguh, aku amat yakin, rahmatMu Maha Luas... walau kutahu, masih ramai lagi hamba-hambaMu yang lebih layak untuk menerima perhatian dan kasih sayangMu, tapi bukankah Engau adalah Rabb Yang Maha Kaya... maka tidak akan berkurangan sedikit pun dari kekayaanMu kira engkau tumpahkan rahmat dan rezekiMu ke atasku...



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rabbi, Ya Ilahi, curahkanlah rahmat dan kasihMu. Ya Allah, dengarlah pintaku, kabulkan doa harapanku.. agar ku dapat perlindunganMu, hingga selamat nasibku bila berhadapan denganMu kelak...