" Yesterday is History, Today is a Gift, Tomorrow is a Mystery"
"Sesungguhnya manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang"
Dalam sekelip mata,
Semuanya telah berubah,
Daku pejamkan mata serapat-rapatnya,
Mengharapkan semua ini satu mimpi,
Bukan sebuah realiti.
Namun, apabila ku bukakan mata,
Ku dapati, semua ini adalah sebuah kenyataan,
Kenyataan yang sangat menyakitkan,
Mungkinkah?
Kenyataan ini merupakan sebuah teguran,
Menyedarkan seorang hamba akan perhambaannya,
Perhambaan kepada Yang Maha Satu,
Maha Pencipta & Maha Pencinta.
Mungkinkan?
Dugaan ini adalah sebuah ujian,
Untuk menguji ketulusan & keikhlasan hati,
Lalu,
Hanya kepadaNya daku bersujud,
Di hadapanNya sahaja daku mengadu & merayu,
Dengan suara yang begitu lemah dan tersedu-sedu,
Memohon dengan penuh ITQAN,
Mengharapkan Impian Menjadi Kenyataan,
Meyakini bahawa setiap kesulitan pasti ada kemudahan,
Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya,
Setiap penyakit pasti ada penawarnya,
Hanya dengan satu kata,
TAQWA
Lalu,
Daku menghela nafas panjang.
Lalu ku kuatkan Himmah & Iradahku,
Membulatkan sebuah tekad & keazaman,
Untuk berusaha meraih Taqwa,
Kerana di situ punya kunci sebuah Kebahagiaan,
Kerana di situ daku akan temui kemudahan pada setiap kesulitan,
Kerana di situ daku akan temui jawapan pada setiap permasalahanku,
Kerana meyakini tidak ada yang mustahil bagiNya,
Apabila Dia mengatakan JADI, maka JADILAH,
Walaupun seluruh manusia menghalang itu terjadi,
Ia tetap akan jadi,
Begitu juga sebaliknya,
Jauh di sudut hatiku bermonolog sendirian,
Tidak akan pernah berputus asa,
Tidak akan pernah berputus harapan,
Tidak akan pernah merasa lemah,
Tidak akan pernah perhenti berusaha,
Tidak akan pernah berhenti bertawakkal,
Kerana bersama kelemahanku ada sebuah kekuatan,
Kekuatan Janji dari Yang Maha Kuat.
Sesungguhnya Dialah Sebaik-Baik Perancang,
Sebaik-Baik Penentu.
Dengan meyakini janjiNya,
Dengan sepenuh tawakkal kepadaNya,
Daku bukakan langkah dengan pasti.
Mentari itu pasti muncul kembali,
Bila saat menetapkan,
Mendung megucapkan salam perpisahan,
Mengucapkan salam pertemuan,
Untuk terus menjalankan fitrah ia dijadikan.
Untuk menyinari perjalanan hari,
Dengan penuh senyuman kebahagiaan,
Sambil berzikir memuji Tuhan.
Mendung & Mentari,
Kudua2nya bergerak mengikut aturan dan hakikat mereka dijadikan,
Kerana taat, tunduk dan patuhnya mereka,
Pada aturan Tuhan.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.
Khazanah & Rahsia sebuah kehidupan,merupakan sesuatu yang di luar perbatasan pemikiran, seorang manusia yang lemah. Sebagai manusia, kita mengharapkan hari-hari yang kita lalui akan berjalan dengan baik, kita mengharapkan segala perancangan yang kita lakukan akan terlaksana dengan baik. Namun, adalah paling baik, apabila bersama-sama perancangan kita itu, sentiasa kita letakkan harapan sepenuhnya kepada ALLAH SWT, walau apa badai yang melanda di tengah-tengah perjalanan kita untuk memenuhi segala yang telah kita rancang, kita tidak akan kecewa dan berputus asa, kerana meyakini bahawa, bersama-sama perancangan kita ada tawakkal dan penyerahan kepada Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mengatur, Yang Maha Menentukan.
" Ya Allah, kurniakan kami kesabaran dalam perjalanan ini, janganlah Engkau biarkan kami berputus asa pada rahmatMu, walaupun sesaat dalam kehidupan kami"
" Jadikanlah sabar dan solah itu penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
Setia menanti dalam munajatku,
Penawarhati 90
9.20 am
6 April 2012
Desasiswa saujana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan