“Menakjubkan
sungguh urusan orang mukmin. Segala perkaranya adalah kebaikan. Dan itu tidak
terjadi, melainkan hanya kepada orang-orang mukmin. Jika mendapat nikmat dia
bersyukur, dan menjadilah syukur itu baik baginya. Dan jika ditimpa musibah,
dia bersabar, dan menjadilah sabar itu baik baginya ” (HR Abu Dawud dan
Tirmidzi)
Ya
Allah, nikmat apa sahaja yang aku kecapi dan diperoleh daripada para hamba-Mu
pada waktu pagi/petang hari ini, daripada para makhlukMu, semuanya adalah
daripadaMu jua, Yang Maha Esa dan tidak mempunyai sekutu. BagiMu, segala puji
dan syukur.
Selawat
& Salam diutuskan buat junjungan besar Rasulullah saw, Penghulu sekalian
alam, suri teladan terbaik sepanjang zaman, dan salam sejahtera ke atas para
ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Semoga
rahmat, keampunan dan limpahan kasih sayang Allah sentiasa mengalir dalam
diriku, kedua ibu bapaku, ibu bapa angkatku, adik beradikku,murobbi-murobbiku,
sahabat-sahabatku, bakal pemilik cintaku setelah Allah & Rasul yang berada
di dalam simpanan dan jagaan Allah, dan seluruh Umat Nabi Muhammad saw.
Alhamdulillah,
dengan keizinan Allah, ramai sahabat saya telah berjaya melangkahkan kaki
sebagai graduan IPT masing-masing, dalam masa yang sama, tidak kurang juga
ramai yang telah melangkah, sedang melangkah dan bakal melangkah melabuhkan
tirai alam keremajaannya menuju ke gerbang perkahwinan. Alhamdulillah. Saya
sentiasa berbahagia melihat kebahagiaan sahabat-sahabat saya, dan tidak lupa juga
kepada kakak saya sendiri. Satu demi satu kad perkahwinan yang diterima. Saya tampalkan semuanya di hadapan meja
belajar sebagai peringatan. Ada yang dapat saya penuhi, Alhamdulillah, dan
banyak juga yang tidak kesampaian, Innalillahi wainna ilaihirajiun. Namun,
itulah hakikat, tidak semua jemputan yang dapat kita penuhi, kerna mungkin masa
begitu mencemburui, lalu harus meraikan jemputan yang mampu sahaja.
Kepada
sahabat-sahabat saya sama ada yang akan melangkah dan telah melangkah ke alam
perkahwinan, doa saya sepertimana sebuah doa yang diajarkan oleh Rasul saw:
"Semoga
Allah memberkatimu, dan memberi keberkatan atas (pernikahan)mu, dan
mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan."
Melihatkan
sahabat-sahabat seperjuangan saya, yang pernah bekerja di dalam medan yang
sama, dalam usaha mengislahkan diri dan umat sejagat melabuhkan tirai
keremajaan mereka, hati saya cukup sayu umpama tidak percaya pun ada, pelbagai
suka duka yang dikongsikan bersama dalam perjalanan untuk mempersiapkan diri ke
arah itu, saya melihat satu persatu ujian yang mereka lalui, dan akhirnya
sampai juga waktu yang telah Allah tetapkan untuk mereka menamatkan ujian
keremajaan mereka. Alhamdulillah, akhirnya saya juga tersenyum bahagia, hiba
dalam gembira, walaupun hati sedikit merasa sedih kerana masing-masing sudah mempunyai
peranan yang berbeza. Walaubagaimanapun, kami tetap akan terus maju, mendaki
gunung harapan yang di puncaknya sedang menanti satu titik akhir iaitu
Mardhatillah. Mereka akan terus berusaha di gelanggang mereka, dan saya juga
harus berusaha di gelanggang yang telah disediakan untuk saya di medan Takwin Fardhi Muslim sehingga waktu
menentukan. Kehilangan mereka, in sya Allah, tidak akan melemahkan kami, kerana kami meyakini, Deen Allah ini akan sentiasa akan ada pendokong-pendokongnya sehingga benar-benar tertegak di muka bumi ini, dan ini akan menjadi faktor untuk kami terus maju menggapai misi yang telah dipersetujui bersama walau dalam medan yang berbeza. Kata sahabat saya:
Detik bersama sahabat-sahabat merupakan detik yang amat indah dalam hidup saya-PROASISR 5
Mabruk K Shazwani Bakhari
Mabruk K Nazihah Nawawi
“
Jodoh pertemuan itu merupakan sesuatu yang begitu rahsia buat para hamba,
begitu juga demikiannya ajal maut. Bukan cepat ataupun lambat, tetapi telah
ditentukan waktunya. Kita tidak dapat menjangkakan bagaimana, bilakah dan
apakah ia akan terjadi, tetapi kita ada persediaan ke arahnya. Namun, ia adalah
rahsia Allah, kita haruslah sentiasa berdoa dan berdoa, dan berusaha
memperbaiki diri kita.”
Kata
sahabat saya lagi,
“Mungkin
Allah belum sampaikan kita kepadanya, kerana Allah tahu, kita belum cukup
matang dan bersedia untuk itu. Kita berdoa untuk memiliki pasangan yang soleh,
tetapi mungkin kita belum lagi sampai ke tahap solehah, oleh itu, persiapkan
diri kita menjadi insan solehah, jika bukan di dunia pertemuan itu tiba, di
akhirat sana menjanjikan pertemuan yang abadi bagi seorang soleh dan solehah.”
Lukisan Fasa Pertama Baju Perkahwinan Impian yang pernah dilukis dan disimpan rapi dalam diari "Hari-Hari Dalam Hidupku". Mungkin saya tidak perlukannya lagi buat masa ini atau tidak akan memerlukannya lagi. Saya akan berikan kepada yang memerlukan. Walaupun tidak begitu cantik, tetapi "simple".
Sabar
dalam bersabar
Bersabarlah,
sesungguhnya sabar itu indah. Dalam firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu
(lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali Imran : 200)
Sabar
merupakan kekuatan jiwa yang mendorong seseorang untuk melakukan perlawanan
terhadap kemalasan, kelemahan, kelesuan, dan penyerahan. Sabar menghantarkan
kepada ketabahan dan ketegaran dalam menghadapi cubaan yang menimpa hingga
Allah swt mendatangkan pertolonganNya atau Allah menjadikan syahid dalam
keadaan redha atau diredhai.
Buat
seorang insan soleh,
Saya
meyakini bahawa sesungguhnya, beliau telah berfikir secara sedar dan matang, atas sebab
musabab yang cukup bersih dari penilaian nafsu, mengharapkan keredhaan Allah di
dalamnya, takut dan taat kepada Allah, maka, inilah jalan yang telah dicenderungkan hatinya untuk memilih. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Semoga selalu dalam jagaan dan perlindungan Allah.
Jazakillahukhairan kathira sahibahku yang dicintai Lillahitaala
Sekian. Salam Maulidur Rasul.
“Ya
Allah! Bagimu segala puji seagung kemulian-Mu dan kebesaran kekuasaanMu. Aku
telah rela dengan Allah sebagai Tuhan-ku dan dengan Islam sebagai agamaku, dan
dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku."
Hamba yang mengharapkan rahmat & maghfirah,
Penawarhati90,
5.04 pm,
12 Rabiul Awwal 1434H bersamaan 24 Januari 2013,
Langkawi, Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan