Alhamdulillah, 29 Jun 2021, hari ini dalam sejarah. Saya telah selesai divaksinkan dengan vaksin jenis Sinovac Dos Pertama. Syukur, Alhamdulillah.
Sepanjang hari ini, dari pagi sampai ke tengah hari tak mampu nak jenguk langsung mesej-mesej di fon disebabkan perlu mengelolakan mesyuarat Pusat Sumber Sekolah. Ketarnya lain macam, walaupun AJK Kerja semuanya kawan-kawan sahaja. Tapi, ketuanya jenis yang sempoi dan bersahaja, kena pula kawan-kawan jenis yang cemerlang, gemilang, terbilang, sekali nak kena jadi pengelola memang dahsyat.
Selesai menyiapkan slide isu-isu yang nak digoreng, tiba-tiba kawan call mengatakan nama saya tersenarai untuk divaksinkan petang ini. MasyaAllah, jarang sekali saya tidak menatap fon, hari ini memang terbuai dengan asyiknya menggoreng isu yang nak dimesyuaratkan, kena pula tak terbaca nama naik, sedangkan paginya dah beberapa kali semak mysejahtera. Alkisah. Tengok-tengok nama saya diseru dalam beberapa group whatsapp, Allah, bagus sungguh la kawan-kawan ni, ambil berat sungguh pasal kawan-kawan. Mana nak cari kawan sebaik mereka. Hehe.
Lagilah berdebar dibuatnya. Tetapi memikirkan boleh saja datang bila-bila masa asalkan hari ini (siapa suruh bagi nama lambat kan) maka, mesyuarat diteruskan juga. Berdebar biar sekali, jangan banyak kali. 😁
Setelah asar, terus bergegas ke Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Alhamdulillah, terima kasih buat En. suami yang sudi menemani walaupun tengah stres dan anakda Akih. Akih bangun saja dari tidur tanya uminya : "umi, kita kat terowong mana ni?" (padahal basement parking). 😁😂 Sabar jelah. hehe. Sedihnya nama abi tak tersenarai sekali, semoga cepat giliran abi pula. Jom kita balik kampung.
#syukurselalu#nakbalikkampungsangat#
Penawarhati90
10.30pm
29 Jun 2021
Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan