Rabu, 11 Disember 2013

Barokah Dalam Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Segala puji hanya bagi Allah, kerana pada pagi yang indah lagi barakah ini, Allah swt masih lagi sudi memberi kita peluang untuk bernafas buat sehari lagi. Subhanallah, nafas itu merupakan sebuah ruang dan peluang untuk kita terus melaksanakan ketaatan kepadaNya, memohon rahmatNya, meminta keampunan kepadaNya dan semoga kita semua terselamat daripada azab api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, itulah sebenar-benar kejayaan bagi seorang manusia, seorang muslim, seorang mukmin dan seorang muttaqin.



Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berlumba-lumba ke arah kebaikan (fastabiqul khairat) di dalam segala medan kita berada. Tidak kira di pejabat mahupun di rumah, di restoran, di pasaraya, dan sebagainya kerana inilah peluang kita untuk meraih Mardhatillah, seteruskan melayakkan kita menjadi penghuni di syurgaNya.


Saya mendoakan semoga Allah swt melindungi dan memelihara diri sendiri, kedua ibu bapa dan keluarga, bakal kedua ibu bapa dan keluarga, kedua ibu bapa angkatku, beliau yang sentiasa dihormati, para sahabat tercinta, para pelajar yang dikasihi, ummi (Datin Noraini), abah (Dato’ Safaruddin), Pn Norli dan seluruh warga kerja Langkawi Lite, mereka yang sentiasa mendoakanku dari kejauhan, mereka yang daku temui setiap hari dan setiap waktu, serta seluruh umat Islam. Semoga kita semua mendapat rahmatNya, keampunanNya, dan dilimpahi keberkatan dalam kehidupan. Semoga kita semua juga memperoleh sebaik-baik kematian (husnul khotimah) di akhir kehidupan kita.


“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah Al-Hujerat : 15)

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya baru sahaja selesai menjadi guru pengiring kepada program cuti-cuti pelajar SMK Kedawang ke Negeri Melaka dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah, musafir ini begitu bermakna bagi saya, kerana saya merasakan ini merupakan satu-satunya peluang untuk mendekati pelajar-pelajar saya, mengenali mereka dengan lebih rapat, dan mempelajari sesuatu untuk saya aplikasikan dalam kehidupan seterusnya.


“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).” (Surah Al-Mulk : 15)


Alhamdulillah, dalam perjalanan ini, saya mempelajari banyak perkara berharga dan tidak dinafikan, saya merasakan sedikit kerehatan setelah beberapa minggu terlalu banyak urusan yang memerlukan tenaga yang banyak, alhamdulillah, saya mendapat sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.


Saat bersama mereka menggamit kerinduan saya kepada pelajar-pelajar saya di SMK Bukit Gambir, SMK Convent Greenlane. Walaupun pertemuan kita bergitu sebentar, tetapi berkat pertemuan itu, Allah hubungkan hati-hati kita sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, cikgu bersyukur mendengar perkembangan kalian semasa ke semasa. Hajat dan harapan cikgu, semoga Allah akan mempertemukan kita lagi dan lagi. Semoga Allah temukan kita sama-sama ke destinasi yang abadi, Syurga Allah swt.



4 Satria 2 -SMK Bukit Gambir

4 Satria 1-SMK Bukit Gambir

1 Putra-SMK Bukit Gambir


-I miss all of you, never forget this moment- 

Hari Guru -SMK Bukit Gambir

Hari Perpisahan - SMK Convent Greenlane

5 Sains Sukan- SMK Kedawang

2 KRK -SMK Kedawang

2 KAA- SMK Kedawang


Trip Melaka-KL - Pelajar Asrama SMK Kedawang


Adik-adik yang disayangi lillahitaala,


Semoga kalian menjadi seorang insan yang Beriman, Berilmu dan Beramal Soleh. Sama-samalah kita mencipta kecemerlangan di dalam setiap bidang yang kita ceburi, kerana menjadi pakar itu merupakan satu tuntutan seorang muslim. Belajar daripada kesilapan, jangan berputus asa, terus melangkah menaiki tangga-tangga kejayaan. Jangan dilihat kejayaan akademik sahaja, tetapi binalah kejayaan dalam sudut Aqidah, Ibadah dan Akhlak. In sha Allah, jika kita berjaya membina Hubungan Dengan Allah, maka Allah akan kurniakan kejayaan kepada kita dalam segala bidang yang kita ceburi.  Manfaatkanlah kelapangan percutian ini dengan aktiviti-aktiviti yang bisa membina jati diri seorang muslim. Kalian pasti tidak akan menyesal.



Sekian sahaja coretan saya kali ini. Memohon doa daripada semua, semoga Allah menerima segala amal kita, menjauhkan kita daripada azab api neraka dan memasukkan kita ke dalam syurga. Bersemangatkan melangkah ke hari hari yang baru, ciptakan kenangan yang indah. Bertebaranlah di muka bumi ini dan sebarkanlah salam mahabbah. Semoga Allah murahkan rezeki kita. ^__^. Ukhuwah fillah abadan abada dan Salam Dhuha.

Hamba yang mengharapkan rahmat & Maghfirah
10.12 am
9 Safar 1435 H bersamaan 12 Disember 2013
Pulau Langkawi, Kedah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan