Sabtu, 1 Mac 2014

1 Mac 2014

Bismillahirrahmanirrahim…. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


Alhamdulillahirabbil alamin, Segala puji hanya bagi Allah, Rabb Pemilik rezeki setiap insan, selawat dan salam diutuskan buat Rasulullah saw, Penghulu Sekalian Alam, Suri Teladan terbaik sepanjang zaman, serta seluruh ahli keluarga serta para sahabat baginda.





Alhamdulillah, dengan keizinan Allah swt, pada 1 Mac 2014, saya telahpun menamatkan kontrak sebagai guru ganti bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Jasmani, di SMK Kelibang, Pulau Langkawi.  Setelah pelbagai peristiwa suka dan duka yang dilalui sepanjang memegang tiket sebagai seorang Guru Sejarah, in sha Allah, kontrak saya telah disambung semula sebagai seorang Guru Matematik pada 2 Mac 2014 sehingga awal Jun 2014, jika saya belum dipostingkan sebagai Guru tetap. Namun begitu, jauh di sudut hati saya berharap agar saya cepat dipostingkan sebagai seorang guru tetap, in sha Allah, seandainya itulah yang terbaik buat saya. Oleh yang demikian, haruslah saya membuat persediaan dari pelbagai segi iaitu Doa + Usaha +Ikhtiar + Tawakkal, kerana, saya meyakini bahawa, rezeki itu adalah milik Allah. Setiap yang berlaku semuanya adalah susunan Allah swt, namun begitu, sebagai manusia, perlulah saya ikhtiarkan dari segala segi supaya kemenangan itu datang berdasarkan peraturan alam. Sungguh terpegun saya dengan kata-kata ini :


“Berjuanglah untuk melakukan shalat dengan sebaik dan sebanyak mungkin. Jangan engkau habiskan hidupmu untuk mencari rejeki dan menyiapkan masa depan yang semata-mata duniawi. Allah tidak menciptakan dirimu untuk bersusah payah dan menderita untuk mencari rejeki. Allah telah menjamin rejekimu ketika engkau bersabar menjalankan shalat. Selama dirimu menjaga shalat, selama dirimu mengerjakan shalat seperti yang ditentukan, rejekimu sudah dijamin, datang menghampirimu dalam mihrab shalat”

Mohammad Fauzil Adhim.


Walau apapun, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi seorang Guru Sejarah & Pendidikan Jasmani Kesihatan. Hal ini disebabkan, saya menjadikan apa sahaja yang dikurniakan Allah sebagai satu peluang untuk mempertingkatkan diri. Di saat saya membuat persiapan untuk mengajar Sejarah, saya turut membaca sebuah buku yang bertajuk “Kuasa Kepimpinan Al-Fateh”,di mana dengan pembacaan buku ini, barulah saya mengerti kepentingan mempelajari sejarah itu sendiri. Ya, sememangnya seringkali saya ulang-ulangi kepada para pelajar :

“Sesiapa yang tidak mengetahui sejarah, akan mengulangi sejarah”

Dalam pembacaan saya di dalam buku tersebut, tersentak saya dengan sebuah ayat:

“ Lahirnya golongan manusia yang tidak belajar daripada pengajaran sejarah adalah sebesar-besar pengajaran daripada sejarah itu sendiri. Itulah yang sepatutnya diajar”
                                                                                                                                      Aldoux Husley


Subhanallah, masa begitu mencemburui, saya semakin merasakan, tanggungjawab yang kita miliki lebih banyak daripada masa yang ada. Namun begitu, saya begitu berharap, semoga Allah memberi taufiq dan hidayahNya kepada saya, untuk terus mengimbangkan diri dalam soal Dakwah & Tarbiyah serta Akademik & Kerjaya. Sungguh, saya tidak punya apa-apa kekuatan, Allah swt sahajalah Yang Maha Kuat, memberi kekuatan kepada hambaNya ini untuk terus bersabar dan bertahan melalui hari-hari dalam hidupnya. Semoga semakin banyak tanggungjawab yang terbeban ke atas kita menyebabkan kita semakin mendekatiNya. Allahumma amin. 


Menanda buku sampai mengantuk....

Hari terakhir di bilik disiplin bersama rakan-rakan guru yang ceria. 
Lepas ini bertukar ke bilik guru.


Pemandangan dari Bilik Disiplin, persekitaran sekolah yang sangat menenangkan. Alhamdulillah.


Penawarhati90
11.18 pm
1 Mac 2014
Pulau Langkawi, Kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan