20 Julai 2021 bersamaan 10 Zulhijjah 1442H, kami menyambut AidilAdha tahun ini di Pusat Vaksinasi. Nak dijadikan cerita, saya memang dah dapat tarikh vaksin dos kedua selepas dos pertama, suami pula mendapat tarikh vaksin sehari sebelum vaksin. Alhamdulillah, Allah izin kami dapat tarikh yang sama di tempat yang sama dengan dos yang berbeza.
Dos Pertama & Dos Kedua |
Dari sehari sebelum raya, saya agak hilang semangat, sendu pun ada. Rindukan kampung. Rindu sangat. Semua orang pun macam itulah. Cuma, saya tak ada buat persediaan pun nak raya, tak masak makanan special, dengan kerja yang bertimbun banyaknya. Di pagi hari raya, saya masih lagi tegak di depan laptop menyiapkan kertas kerja.
Kebetulan pula kami berdua mendapat tarikh vaksin yang sama dan tak berani nak bawa Ahmad Faqih ke Pusat Vaksin, kami menghantar Faqih sekejap di rumah saudara. Dapatlah Faqih bermain dengan anak saudara. Mereka pulak menyediakan menu raya yang sedap-sedap masa kami menghantar Faqih. Syukur sangat dapat juga kami merasa menu raya. Memang kagumlah saya dengan biras sebab sediakan menu raya yang sedap-sedap. Selepas sehari dua, barulah saya sendiri cuba memasak menu raya. Punya lama mood nak sampai, akhirnya sampai juga. Alhamdulillah.
Bihun Sup Tulang Daging Korban. Alhamdulillah. Dapat juga daging korban tahun ini. Syukur. |
Sup Tulang |
Nasi Tomato (Kali kedua buat selepas 7 tahun berkahwin) Ada la juga rasa tomatonya...Hehe. p/s : menu tiada dalam gambar : Rendang Daging. Taqabbalallahu minna waminkum |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan