9 Ogos 2021 bersamaan 30 Zulhijjah 1442H, seluruh Malaysia telah dikhabarkan berita duka mengenai pemergian selebriti terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin. Saya kongsikan kata-kata dari Ustazah Siti Nor Bahiyah :
Pemergianmu Duhai Siti Sarah, dijemput Illahi pada pagi Isnin dengan Husnul Khatimah iaitu pengakhiran yang sungguh indah dalam redha Allah SWT dan diimpikan oleh semua.
Hijrahmu ke jalan Allah untuk menjadi hamba Nya yang terbaik, Ibadah Qurbanmu yang engkau rahsiakan untuk seisi keluargamu dan setelah dikau pergi baru kami tahu, indahnya Infaqmu ke jalan Allah, kesetiaanmu berbakti sebagai Isteri yang Solehah, sabarnya dirimu sebagai Ibu yang hebat kepada anak-anakmu, pengorbanan sucimu dalam berjuang hingga syahid dalam melahirkan anak solehmu,keikhlasanmu dalam berjuang melawan sakit hingga syahid…
Ternyata semuanya ini adalah amal solehmu yang sungguh indah dan mendapat kesudahan yang terindah kurniaan Allah.Sesungguhnya semua ini menyentuh hati kami dan mengajar kami untuk terus memburu redha Allah. Allahu 😭😭 Betapa dikau dicintai Allah, dicintai suamimu Shuib Sepahtu anak-anakmu, keluargamu dan kami juga menyayangimu hingga terasa benar kehilanganmu 😭😭
Berkesempatan mengikuti detik-detik perjalanan terakhir Allahyarhamah...Masya Allah, Ya Allah. |
"Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat
kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya,
luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air salji dan air sejuk.
Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang
putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik
dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia
daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka."
Semoga di akhir tahun 1442H ini, berita kematian menjadi satu titik hidayah untuk kita sama-sama berubah, berhijrah ke arah yang lebih baik, semoga Allah mengambil kita dalam keadaan yang Dia Redha dengan kita, dan kita Redha denganNya. Amin. Ya Allah. Saya simpankan memori ini untuk peringatan dan iktibar diri sendiri dan motivasi untuk menjadi hamba yang lebih baik setiap hari. Amin.
Salam 30 Zulhijjah 1442H bulan penuh pengajaran...
9 Ogos 2021
4.21 pm
Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan