Bismillahirrahmanirrahim
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Yang Memiliki Segala Keagungan
dengan sifat Asma’ Ul Husna, Yang Maha
Menghidupkan Hamba Pendosa ini sehingga ke saat ini, usianya telah mencecah 23
Tahun, Dia masih memberi peluang dan kesempatan buat hamba ini menebus segala
dos lalunya, serta bersegera bangun menyahut seruan suciNya menuju kemenangan
yang nyata. Alhamdulillah, segala puji hanya bagimu Ya Illahi. Selawat dan
salam utusan rindu buat Rasulullah saw, Penghulu Sekalian Alam, Murobbi Mithali
buat sekalian umat sepanjang zaman.
Sidang
pembaca yang dirahmati Allah swt sekalian,
Pertama-tamanya,
setinggi-tinggi ucapan jazakumullahukhairan kathira saya tujukan khas buat
kedua ibu bapa yang saya cintai kerana Allah swt kerana dengan izin Allah, saya
dilahirkan sebagai permata buat mereka. Merekalah insan yang telah membesarkan,
mendidik, mengorbankan segala masa, tenaga, dan harta demi menjadikan saya
seorang insan bersama manusia. Merekalah insan yang telah bersusah payah dengan
segala tulang empat kerat mendapatkan dana bagi menyekolahkan saya di Madrasah
Tarbiyah Maa’had At-Tarbiyah Al-Islamiyah, kemudian terus memberi sokongan
untuk saya meneruskan pengajian ke Peringkat Matrikulasi, seterusnya ke
Universiti Sains Malaysia dalam Pengajian Ilmu Pendidikan sehingga pada hari
ini, saya menjadi seorang Pendidik. Alhamdulillah, saya sangat bersykur kepada
Allah swt kerana menganugerahkan saya dua ibu bapa yang sangat menyayangi dan
prihatin terhadap anak-anaknya serta memiliki harapan besar agar anak mereka
bisa menjadi Seorang Insan yang punya jatidiri dan menjadi manfaat buat mereka
di dunia dan di akhirat. Alhamdulillah, terima kasih yang Allah kerana sehingga
hari ini, pada usia saya 23 Tahun, saya telah membesar di hadapan mata mereka
serta menjadi seorang insan sebagaimana yang mereka hajatkan dan mungkin masih
banyak harapan mereka yang belum saya tunaikan. Semoga Allah merahmati,
mengampuni dan menyayangi kedua ibu bapaku melebihi sayangnya mereka kepadaku,
sesungguhnya Allah lah Rabb yang Maha Luas kasih sayangNya.
Setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan jazakumullahukhairan kathira juga saya ucapkan buat
kedua ibu bapa angkat saya yang saya rindui selalu, bakal ibu bapa saya yang
saya sangat hormati dan segani, insan istimewa yang sentiasa berada di dalam
doa dan harapan saya, para murobbi yang amat saya rindui dan cintai, majikan
saya, adik beradik saya yang dicintai , sahabat-sahabat saya yang cukup-cukup
saya kasihi kerana Allah, rakan-rakan seperjuangan, anak-anak didik a.k.a
adinda saya sekalian yang saya cintai kerana Allah, insan-insan yang saya temui
setiap hari dan setiap waktu, insan-insan yang mendoakan saya, serta sesiapa
sahaja. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah dikurniakan insan-insan
seperti kalian yang menemani kehidupan saya, mendidik saya erti kehidupan,
mendampingi kalian sentiasa mendidik saya erti manusia dan kemanusiaan,
mendidik saya menjadi hamba Illahi. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah
kerana menganugerahkan saya insan-insan yang sentiasa bersabar menghadapi
kerenah saya, menasihati saya agar terus berjalan di atas landasan yang lurus.
Walau acapkali saya tersasar dari jalan ini, kalianlah insan-insan yang
menemani perjalanan saya ini dan menarik tanganku saat daku hampir terjatuh dan
tersungkur. Alhamdulillah.
Sidang
pembaca sekalian,
Sekali
lagi saya mengucapkan Alhamdulillah, dan jazakumullahukhairan kathira atas
segala ucapan, doa, peringatan daripada kalian yang tulus ikhlas dengan segala
medium dikirimkan buat meraikan ulangtahun kelahiran saya ke 23. Tiada kata
yang dapat saya ungkapkan, tiada hadiah yang mampu saya beri melainkan
mendoakan kalian semoga Allah dan Rasul mengasihi dan mencintai kalian,
memberkati kehidupan kalian, melimpahkan keberkatan serta rahmatNya ke atas
kalian, mengampuni kalian, dan menghadiahkan REDHA-NYA buat kalian serta
menganugerahi kelayakan syurga buat kalian. Semoga Allah swt terus mengikat hati-hati kita
dengan rabithahNya sehingga bertemu di syurgaNya. Amin. Walau jauh di mata
sentiasa dekat di hati ini. In sha Allah.
Buat
anak-anak didik saya yang bakal mengambil peperiksaan akhir tahun dan SPM,
semoga kalian sentiasa dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan dan
berjaya dengan cemerlang di dunia dan di akhirat sana. In sha Allah.
Di
awal pagi tanggal 1 Oktober 2013, saya telah mendapat satu ucapan hari
kelahiran :
“ All The Best During Your Special Day”
Jauh
di sudut hati saya, saya merasa amat sayu dan tersenyum sendirian, merasakan
tiada apa-apa yang "best" pada hari ini. Ada juga saatnya saya merasa sedih
dan umpama hilang harapan. Tidak pasti mengapa. Terasa begitu sayu. T__T. Namun
saya sambut doa itu dengan penuh penghargaan.
Setelah
itu, satu demi satu pesanan ringkas diterima daripada pelbagai medium dengan
segala ucapan dan doa. Subhanallah, Ya Allah, makbulkanlah doa insan-insan yang
mendoakanku, dan kasihilah mereka sentiasa dan sentiasa. Sungguh insan yang
sedang menyendiri di sini cukup merindui mereka semuanya, saya ingin memeluk
setiap seorang daripada mereka, sahabat-sahabat saya, dan anak-anak didik saya.
Amat sayu…..T__T. Saat itu saya merasakan jiwa saya kosong. T__T
Seperti
biasa saya meneruskan perkhidmatan di sekolah. Alhamdulillah, terima kasih atas
segala ucapan daripada anak-anak didik saya yang comel dan baik hati,
pelajar-pelajar 5 ST, 5 SS dan 2 KRK. ^__^. Setelah pulang daripada sekolah,
saya mula berfikir, saya ingin menjadikan hari ini hari yang istimewa buat saya
sebagai menghargai diri saya sendiri. Saya membuka semula mesej daripada
seorang murobbi saya yang mengajak saya ke slotnya bersama adik-adik anak yatim
di Masjid. Saya terus bersiap dan meluru ke masjid. Bermulalah detik-detik
bermakna buat saya yang telah lama bermimpi. T__T
Berikut
adalah hasil dapatan perkongsian Murobbi tercinta saya, Cikgu Azmi Bahari, yang
begitu meruntun qolbu kecil saya, serta menyedarkan saya bahawa, jiwa saya telah
lama kering dengan curahan air rohani, jiwa saya sudah lama tidak di cas, jiwa
saya sedang meronta-ronta diberi makan. Dan saya merasakan semua ini merupakan
satu ketentuan dan perancangan Allah yang Maha Mengasihani. T__T. Dia
menjadikan hari ini benar-benar bermakna buat musafir ini. Saya umpama orang
buta yang diberikan tongkat.
·
Syukur
adalah hiasan jiwa. Manusia yang tahu bersyukur akan mampu menikmati indahnya
kehidupan.
·
Untuk
mendidik jiwa kita tentang dunia, kita haruslah melihat orang yang lebih susah
daripada kita. Untuk mendidik kita tentang akhirat, kita harus melihat orang
yang lebih baik daripada kita.
·
Orang
yang keras hatinya adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan tidak
memperdulikan perasaan orang lain.
·
Kehidupan
kita ini sentiasa dalam persimpangan dan pilihan.
·
Manusia
yang tidak mengenal diri sendiri tidak memiliki masa depan, tidak memiliki cita
dan harapan, tidak pasti mula dan akhir.
·
Kehidupan
akan terus berlansung selagi ada HARAPAN.
·
Bukan
sahaja kita ingin bahagia tetapi bahagiakanlah setiap insan di sekeliling kita.
·
Kemahuan
adalah modal utama bagi tercapainya segala cita dan harapan, mereka yang tidak
memiliki kemahuan, tidak memiliki kehidupan.
·
Binalah
harga diri masing-masing dengan adanya kesungguhan, baik hati, kesolehan,
harapan, tekad & keazaman, keyakinan, ikhlas, jujur dan amanah.
·
Bajailah
dengan pesanan dan pengalaman daripada orang tua.
Setelah pulang daripada masjid, saya
memulakan sesi mengemas rumah, tiba-tiba saya terjumpa dengan sepucuk surat
yang merupakan hadiah hari lahir yang cukup bermakna buat saya daripada seorang
sahabat. Subhanallah. Jazakillahukhairan kathira atas segala nasihat dan ucapan
yang benar-benar menusuk hatiku yang paling dalam. Begitu terharu atas
keperihatinanmu sahabatku. Alhamdulillah. Moga ukhuwah kita terus teguh di atas
panji-panji Illahi. Subhanallah.
Setelah itu, saya terus menghadiri kuliah penyampaian cikgu Azmi Bahari mengenai Bagaimana Mentadbir Hati. Subhanallah. Hari Yang Indah dan sangat istimewa.
Saya merasakan ini adalah sebuah hadiah
daripada Allah buat saya. Anugerah yang begitu bermakna. Hilang segala
kesedihan saya, terubat segala kesakitan jiwa ini, serta mendorongkan jiwa saya
untuk memasang azam yang baru buat usia yang baru ini. Alhamdulillah. Inilah
hadiah yang paling bermakna dan berharga buat saya sepanjang usia 23 tahun ini.
Umur saya kini telah genap 23 tahun.
Meninggalkan segala kenangan dan pengalaman selama 23 tahun, saya kini hidup
dengan usia yang baru diharapkan bisa membina kehidupan yang lebih bermakna
dalam kamus hari-hari dalam hidupku. Membuka lembaran baru kehidupan ini, saya
ingin memasang azam yang baru yang lebih bermakna dan bermanfaat buat dunia dan
akhirat.
Kehidupan
akan terus berlansung selagi ada HARAPAN.
Alhamdulillah, thanks for the cute present. ^__^
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas segala nikmat dan kurniaanMu. ^__^
Buat insan-insan yang daku kasihi dan
cintai,
Pada kesempatan ini juga saya ingin sekali
memohon keampunan daripada Allah swt dan meminta jutaan kemaafan daripada
kalian seandainya terdapat sebarang kekasaran kata dan kesilapan perilaku saya
yang mengguriskan jiwa kalian sama ada saya sedar ataupun tidak. Saya memohon
maaf atas hati-hati yang telah saya sakiti, harapan yang telah saya kecewakan,
amanah yang tidak tertunai dengan baik, serta janji-janji yang mungkin saya
mungkiri. Terima kasih kerana sudi menerima saya dengan segala kelemahan untuk
menjadi sebahagian daripada kehidupan kalian. Maka saya dengan ini mendoakan
semoga kita semua sentiasa dalam kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mohon
doakan saya dipulihkan dan diberi kesihatan yang baik untuk terus berprestasi
sebagai hamba Illahi. Maafkan saya kerana tidak mampu menulis lebih baik memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Doakan saya pulih. Wallahua’lam
Hamba yang mengharapkan rahmat dan
maghfirah,
Penawarhati90,
1.09 am
26 Zulkaedah 1434 H bersamaan 2 Oktober
2013
Pulau Langkawi, Kedah.