"Ya
Allah, nikmat apa sahaja yang daku kecapi dan perolehi daripada para hambaMu pada
waktu pagi/petang hari ini, semuanya adalah daripadaMu jua; Yang Maha Esa dan
tidak mempunyai sekutu. BagiMu segala puji & syukur "
Alhamdulillah,
seusai pulang dari sekolah pada hari ini, daku dikejutkan dengan sebuah
bungkusan besar daripada abangku. Hasrat untuk tidur menghilangkan lelah terus
dilupakan.
“
Nah, ada orang “istimewa” bagi”.
Ku
buka bungkusan itu seperti yang tercatat di atas sekeping nota. Subhanallah,
sungguh terkejut dengan hadiah istimewa itu. Alhamdulillah. Segala puji hanya
bagi Allah. Setinggi-tinggi pujian hanya bagi Allah swt, Rabb Yang Maha
Pencinta. Rupa-rupanya insan-insan istimewa itu adalah para pelajarku a.k.a
adinda-adindaku daripada 4 Satria 2 SMK Bukit Gambir yang tidak pernah sekali-kali
melupakan daku. Begitu juga daripada kelas-kelas yang lain. Alhamdulillah, sungguh terharu dan ingin menangis. T__T
Saya
tidak pernah menyangkakan pertemuan selama hanya 4 bulan sebagai Guru Pelatih
di sekolah tersebut membuahkan ikatan ukhuwah fillah sehingga hari ini sudah 4
bulan lebih saya meninggalkan sekolah tersebut dengan penuh memori suka dan
duka yang meruntun kesedihan saat mengenangkannya. Walaupun perkhidmatan saya
di sana telah tamat, Alhamdulillah, berkat keizinan Allah, Dia mengatur satu
demi satu pertemuan kami. Sungguh, luasnya kasih sayang Allah.
Buat
anak-anak didik cikgu yang disayangi Lillahitaala,
Setinggi-tinggi
rasa syukur cikgu panjatkan kepada Allah swt kerana telah mengizinkan cikgu
mengenali insan-insan yang tinggi nilai keinsanannya, yang baik budi pekertinya
seperti kalian. Terima kasih yang tidak terhingga cikgu ucapkan atas segala
pemberian, kebaikan, kasih sayang, pengorbanan dan segala-galanya yang kamu
curahkan buat insan kerdil ini. Terima kasih atas segala ucapan, peringatan dan doa kalian buat cikgu yang benar-benar menusuk hati yang paling dalam. T__T. Kalian banyak mendidik cikgu erti kehidupan,
daripada kalian, cikgu belajar banyak perkara tentang kehidupan.
Alhamdulillah,
cikgu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kalian kerana kalian
selalu menjadi Qurratun A’yun (Penyejuk Mata). Kalianlah insan-insan yang terus
memberi sokongan dan semangat kepada cikgu untuk meneruskan kehidupan di saat
cikgu jatuh tersungkur dan hampir hilang harapan. Memandang satu persatu wajah
kalian yang menenangkan benar-benar menenangkan jiwa cikgu, saat bersama kalian
adalah saat yang amat menghiburkan hati cikgu dan menghilangkan segala
kesedihan yang membelenggu jiwa cikgu. Kerana itu anak muridku, kalian amatlah
berharga dalam kehidupan cikgu. Cikgu sangat berharap, pertemuan kita tidak
berakhir di sini sahaja. Tetapi ukhuwah kita akan terus bersemi hingga ke
syurga Illahi. Pernah kan cikgu sebut-sebut dalam kelas, jika kita berkawan,
janganlah sekadar untuk dunia sahaja, tetapi berjanjilah bahawa kita sama-sama
akan terus bertaut kasih hingga ke syurga Illahi. Walau apa badai yang melanda,
kita akan terus diikat dengan rabithah Illahi. Nescaya kalian akan mendapat
kemanisan ukhuwah.
Akhir
kata, cikgu memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf seandainya dengan
keterbatasan diri ini, cikgu tidak mampu menghadiahkan kamu sesuatu yang
istimewa sepertimana kamu berikan, namun, cikgu mendoakan semoga Allah dan
Rasul menyayangi kamu, melimpahkan rahmatNya ke atas kamu dan menjadikan kamu
semua modal insan yang cemerlang dengan kecemerlangan yang TOTAL iaitu cemerlang
di dunia dan di akhirat.
Semoga
kalian semua dipermudahkan urusan menjawab soalan peperiksaan akhir tahun.
Terus memiliki DUIT, in sha Allah kamu akan berjaya. Serta janganlah berputus
asa dan hilang keyakinan, kerana apabila tiada keyakinan maka tiadalah
kehidupan. Kenanglah wajah insan-insan yang sedang menantikan kejayaan kalian
dengan penuh harapan, ibu bapa, guru dan masyarakat. Harapan agar suatu masa
nanti kalian akan menjadi insan-insan yang bermanfaat buat Umat.
Ucapan
buat adik-adikku yang dirindui kerana Allah swt,
"
Sesuatu yang MAHAL tentu ada MAHARNYA. Risiko yang ada tidak terkeluar daripada
qada' & qadar Allah. Inilah masanya untuk kita buktikan keyakinan kita
kepada Allah swt. Allah swt telah meletakkan kita di atas jalan ini, maka GENGGAMLAH
dengan penuh keyakinan bahawa kemenangan itu adalah sesuatu yang PASTI. Jangan
kamu berundur setelah pakaian perjuangan dipakaikan ALLAH RABBULJALIL pada
tubuhmu" [ Almarhum Ustaz Dahlan Mohd Zain]
Semoga
kalian dikurniakan kesihatan yang baik, doakanlah cikgu sentiasa. Cikgu di bumi
Langkawi akan terus setia menanti kehadiran kalian ke sini. Moga-moga kita akan
terus dipertemukan lagi dan lagi. In sha Allah.
“Taqabballalahu
minna waminkum.” Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu.
Pendidik
yang sentiasa menyayangi & merindui anak-anak didiknya,
Penawarhati90
12.10 am
27 Zulkaedah
1434 H bersamaan 3 Oktober 2013
Pulau
Langkawi, Kedah.
“Barangsiapa
yang bersyukur atas nikmatKu maka akan Ku tambah nikmat baginya berlipat ganda
dan barang siapa yang ingkar terhadap nikmatKu maka sesungguhnya azabKu
sangatlah pedih”
(Al
Qur’an : Ibrahim ayat 7)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan